Dapatkan blog percuma anda dengan percuma!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenape ye tajuk diatas tu siap ulang perkataan percuma sampai dua kali? Sebabnye takde la apepun sangat, cume saya tengok ramai sangat yang menawarkan servis buat dan edit blog blogspot dengan charge yang kadang2 tak masuk dek akal. Kalau setakat 30-50 tu kire ok la lagi, walaupun blogspot nih sepatutnya percuma? Ok, kita tak boleh nak expect semua orang pandai macam kita, ade ramai yang agak buta dalam mende-mende macam ni. Tapi, bagi mereka-mereka yang pandai tu, janganlah mengambil kesempatan keatas insan-insan yang tak berape nak pandai dalam bidang nih. Saya mengimpikan sebuah dunia dimana manusia saling membantu dan lengkap-melengkapi dalam urusan dunia dan akhirat. Walaupun nampak macam angan-angan, namun jika kita mulakan selangkah demi selangkah, insyaAllah impian ini akan tercapai.

Jadi saya mulakan dengan bantuan membina dan mengedit blog untuk mereka-mereka yang memerlukan, secara percuma. Apa yang akan saya buat ialah mendaftarkan akaun google, mendaftarkan blog anda, memasukkan template yang anda pilih (pilih daripada ribuan template yang sedia ada di internet), memasukkan metatag untuk SEO, jadikan blog anda 'clean' sepertimana blog saya, tanpa favicon blogspot dan navigation bar blogspot. Semua ini akan saya buat secara percuma untuk anda dengan syarat blog yang anda mahu saya bina itu tidak boleh melibatkan perkara-perkara yang melanggar syara' seperti judi dan maksiat serta unsur-unsur 18SX. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila tinggalkan nama, emel, description blog yang anda mahukan serta tujuan, dan cadangan nama blog di ruangan comment.

Selain peluang ini, saya juga buka peluang untuk tuan-tuan yang berminat untuk mempunyai blog/website dotcom wordpress bersama pakej hosting dengan harga yang sangat rendah iaitu RM50 sahaja. Untuk maklumat lanjut sila link disebelah. Blog dotcom dengan hanya RM50


p/s: saya bekerja sendiri, buat catering kecil-kecilan, jadi saya akan menyiapkan blog anda pada masa lapang saya. semoga anda berpuas hati.



0 comments: